Panduan Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Di Sektor Awam
Bekerja di sektor awam antara pilihan kerja yang paling banyak permohonan. Kadangkala permohonan mncapai sehingga berpuluhan ribu walaupun jawatan yang dibuka hanyalah 5 kekosongan. Situasi ini menyebabkan persaingan antara graduan yang baru tamat pengajian dengan pekerja - pekerja swasta yang lain. Jika anda berminat untuk memohon jawatan dalam kerajaan boleh buat permohonan di SPA8i atau taip sahaja www.spa.gov.my Melalui laman web tadi, anda akan dapat notis pengiklanan kerja kosong kerajaan . Apa yang perlu anda lakukan, pertama anda perlu membuat pendaftaran. Isi lengkap segala maklumat dan permohonan jawatan. Jika permohonan anda berjaya, selalunya SPA akan berikan email melalui email yang anda telah daftar. Kenapa pekerjaan sektor awam menjadi pilihan? Ada beberapa sebab mengapa begitu ramai memohon jawatan kosong kerajaan . Antara sebabnya : Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi Kemudahan perubatan sehingga se...