Monday

nak try jadi Model lalalalala...

Walau rupa mu tidak ku kenal tapi lobang hidungmu tetap jadi pujaan hati ku

 Mesti korang ingat trademark ayat ni...mestilah. ayat filem seniman bujang lapok. Tapi tu bukan ceritanya. ni nak kongsi cerita pasal nak jadi model sambilan..masyuk wooo..Tapi nak jadi model tidak semudah A-B-C. kena ada step dia.

senaraikan apa yg nak buat...


Selalunya aku memang simpan list dalam kepala.Tapi banyak tak terbuat pun.Sebab idea ni kadang- kadang muncul sekejap - sekejap jer. Jadi apa yang aku kena lakukan????

haa..ni bak kata orang-orang berjaya la..aku ikut jer,jadi tak jadi tu belakang kira. Nak jadi hebat kena belajar dengan orang yang hebat. Memamng der...kalau nak jadi bijak, kena belajar dengan banyak guru. Apa lagi la nak menulis blog ni.kadang-kadang kia kena perlukan inspirasi.baru muncul itu idea..

Apa yang mereka selalu tekankan adalah..tulis matlamat anda setiap malam sebelum tidur. Semua orang pun tahu benda ni.Tapi berapa kerat jer la yang buat. kesannya tak sampai 90% pun setiap orang dewasa ni suka buat kerja sia-sia.

Seterusnya.....senaraikan perkara yang perlu anda lakukan.Bahagikan kepada penting dan kurang penting.Dapat menyiapkan kerja dengan masa yang ditetapkan akan meningkatkan tahap mtivasi kita ke arah lebih positif. Korang plak, suka buat kerja tertangguhkan?????

yang terakhir untuk kali ni, kurangkan aktiviti melayan facebook dengan twitter time buat kerja. Sejak ada facebook dengan twitter,time kerja pun layan juga. mana mau siap.Nanti hilang fokus korang. Sebab tu kena off dulu, baru dapat buat kerja dengan fokus.

percayalah,bila korang dapat fokus, idea tu mencurah jer turun dari langit.ayat yang tak power pun jadi lagi power. haaaa.sebab anda fokus untuk kerja anda.



Sunday

3 Kunci perlu ada Nak Kahwin Muda

Kalau time cuti sekolah ni, cerita apa yang paling best. Mestilah kenduri kahwin yer tak? Baru-baru ni aku tengok pasangan tu muda lagi.Kira ni pangkat sepupu aku la.Tapi macam mana plak dia dapat kahwin lagi cepat dari aku. Baru jer abis belajar..HUHUHU. 

Jauh lagi ke jodoh aku ni. Baru - baru ni aku tengok ceramah kat tv3 hari jumaat tu..Bab kahwin.AKu suka yang paling last sekali.



Monday

Jenamakan Blog kita

Bila cerita pasal jenama, mesti korang ingat produk jer ada jenama atau paling best disebut branding. Tak semestinya produk jer, blog pun boleh.Apa yang kita kaitkan dengan jenama blog???

 - tema blog kita
 - isi kandungan blog
 - arah tuju blog kita.


Saturday

Formula nak dapat RM 1 juta dalam masa setahun...



Aku selalu melakukan kira-kira macam mana nak dapatkan RM 1000,000 dalam 12 bulan.Macam mana tu.Selalunya bila kita sebut 1 juta pasti orang kata mengarut. Sebab kita dah belajar matematik dari kecik sampai ke tua ni la, kita gunakan. Selalunya orang yang buat bisnes suka buat kira-kira ni. Orang kata nak cari nombor magik dalam bisnes. Tapi jangan terkejutlah, sebab ni salah satu formula dorang nak menjadikan kerja menjadi mudah dan senang. mereka tidak pandang dengan 1 juta, tapi dengan nilai yang paling kecil. Ok buat masa ni kita buat pengiraan mudah, bagaimana nak dapatkan RM 1000,000 dalam setahun..

Sunday

kalau kumpul 20 sen dalam blog

Bila kita sudah mendaftar di blog pengiklanan nuffnang dan churpchurp, semestinya kita terus tengok komisen yang ditawarkan. pasti lemah jer semangat bila tengok 20 sen jer setiap iklan. Takkan dah lemah kot tengok 20 sen jer.. Orang lain dah berjaya kutip hasil lebih dari RM100 setiap bulan. Kita mesti boleh punya. Jika nuffnang jarang bagi iklan kat blog anda, mungkin sebab blog anda masih lagi kurang popular. Buat permulaan update cerita - cerita hot..macam artis nak bercerai ke, masuk mahkamah ke, kes-kes pelik kat Malaysia ke..macam lah boleh buat. Memang tak terlayan nak buat semua tu, jadi yan senang update cerita sensasi setiap 1 hari. Ini lagi mudah dari kita update  5 post setiap hari.

Tumpang blogspot pun tak mengapa



Selalunya apabila kita melihat blog orang-orang yang dah popular, semuanya direct terus menggunakan www.nama.com..Kita pun tertanya - tanya kalau guna blogspot agak-agak ada orang nak datang ke? Kita tak perlu risau jika kita masih hijau dalam dunia berblogging. 
Sebab apa aku kata macam ni...