Wednesday

Panduan Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Di Sektor Awam

Bekerja di sektor awam antara pilihan kerja yang paling banyak permohonan. Kadangkala permohonan mncapai sehingga berpuluhan ribu walaupun jawatan yang dibuka hanyalah 5 kekosongan. Situasi ini menyebabkan persaingan antara graduan yang baru tamat pengajian dengan pekerja - pekerja swasta yang lain. Jika anda berminat untuk memohon jawatan dalam kerajaan boleh buat permohonan di SPA8i atau taip sahaja www.spa.gov.my

Melalui laman web tadi, anda akan dapat notis pengiklanan kerja kosong kerajaan. Apa yang perlu anda lakukan, pertama anda perlu membuat pendaftaran. Isi lengkap segala maklumat dan permohonan jawatan. Jika permohonan anda berjaya, selalunya SPA akan berikan email melalui email yang anda telah daftar.

Kenapa pekerjaan sektor awam menjadi pilihan?

Ada beberapa sebab mengapa begitu ramai memohon jawatan kosong kerajaan. Antara sebabnya : 
  • Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  • Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak.
  • Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan.
  • Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah.
  • Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita.
  • Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik.
  • Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD).
  • Pemberian Cost of Living Allowance (COLA).
  • Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan.
  • Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara.
  • Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan.
Dengan tawaran yang baik, tidak mustahil pekerjaan di sektor awam menjadi pilihan. Keadaan sudah berubah. Tawaran pekerjaan yang sangat terhad menyebabkan persaingan semakin tinggi. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum anda memasuki alam temuduga.

kerja kosong kerajaan


Tips ringkas untuk anda lulus temuduga.
  1. Selepas anda mendapat surat panggilan untuk temuduga, baca dengan teliti. Lihat tarikh dan tempat temuduga. Jadi anda boleh rujuk tempat temuduga dengan lebih awal. 
  2. Sediakan dokumen - dokumen penting untuk dibawa semasa temuduga. Pastikan lengkap dan tersusun. Ini untuk memudahkan penemuduga melihat dokumen anda.
  3. Berpakain kemas dan tidak terlalu seksi.
  4. Duduk dengan sopan, dan mata fokus ke arah penemuduga.
kerja kosong kerajaan




Antara soalan-soalan yang akan ditanya oleh penemuduga :

  • Terangkan Tentang Diri Anda?
  • Apakah Kelemahan Terbesar Anda?
  • Anda Sudah Bekerja! Mengapa Anda Memohon Jawatan Ini?
  • Apakah Sikap Positif & Negatif Diri Anda?
  • Apa Lebihnya Anda Berbanding Calon Lain?
  • Kenapa Anda Mahu Kerja Dengan Kerajaan?
  • Apa Pendapat Rakan Sekerja Anda Tentang Diri Anda?
  • Apakah Pencapaian Terbesar Anda?
  • Apa Alasan Anda Untuk Berhenti Di Tempat Kerja Lama?
  • Apa Anda Nak Buat Kalau Pekerja Bawahan Anda Malas?
Sebagai rujukan untuk anda lulus temuduga, anda boleh rujuk panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan . Tip - tip penting ketika temuduga akan dikongsikan sebagai rujukan. Semoga berjaya.

Tuesday

Kelebihan Pelaburan ASB vs Saham

Saham adalah salah satu cara untuk menggandakan wang tanpa perlu bekerja. Aktiviti jual beli saham masih baru dikalangan orang Melayu. Ramai yang menganggap saham hanya untuk orang-orang kaya. Modal perlu besar, dan mereka masih selesa dengan pelaburan saham ASB.


haram pelaburan asb



Beberapa tahun kebelakangan ini, isu pelaburan ASB adalah tidak mengikut syariah menggemparkan para pelabur ASB. Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan mengenai ASB. Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini kita boleh rujuk blog tulisan Ust.Zaharudin di link ini :


Ada fatwa mengatakan pelaburan ASB ini adalah HARUS. Pelaburan ASB ada baik dan ada juga kelemahannya. Jadi di sini kita akan kupas beberapa isu ASB dan SAHAM.
  1. Dividen ASB purata setiap tahun 7.5% berbanding SAHAM 20% - 100% setiap tahun.
  2. ASB berisiko rendah berbanding SAHAM
  3. ASB hanya simpan dan tunggu berbanding SAHAM anda perlu pantau setiap hari.
  4. Akaun simpanan ASB boleh buka di bank konvensional, manakala SAHAM hanya di Investment Bank.
  5. Status pelaburan saham mengikut syariah berbanding status pelaburan ASB.
  6. Akaun saham boleh diwarisi berbanding akaun ASB.
belajar saham

Pelaburan saham masih baru dan fresh dikalangan melayu. Jadi masih banyak ruang yang boleh kita belajar mengenai saham. Ada yang menganggap urusniaga ini boleh jadikan kita muflis dan berisiko tinggi. Jika anda masih berfikiran seperti ini, anda masih silap. Sebenarnya pelaburan saham adalah pelaburan yang menguntungkan.

Jika ada yang berjinak-jinak untuk melabur saham, pastikan anda ada ilmu mengenai pelaburan saham. Pastikan ada asas mengenai saham, sebelum bermula. Kini pelaburan saham semakin mudah. Anda boleh duduk depan laptop, online stock saham dan lihat pergerakan graf secara santai di rumah atau di pejabat. 

Bagaimana jika masih belum jumpa panduan ilmu cara melabur saham?
Saya boleh syorkan kepada anda sebuah ebook mengenai saham tulisan Tuan Khairul Arrifin
Boleh rujuk di laman web ini SistemSaham.com

Apa yang saya katakan, anda harus belajar ilmu asas pelaburan saham. Anda boleh jadikan Wuffen Burret sebagai idola. Beliau merupakan pelabur saham paling berjaya dalam era moden. Mula dan praktis. Itu adalah yang terbaik.


Thursday

Tips Cari Duit Tambahan Dengan Menjual Aiskrim Buatan Sendiri




Anda suka aiskrim? Pernah terfikir nak buat sendiri dan menjual aiskrim dari rumah

🤩 Berita baik untuk suri rumah! Dengan hanya modal kecil dan teknik yang betul, anda boleh mulakan bisnes aiskrim homemade yang laris dan menguntungkan. Jom kita bongkar rahsia buat aiskrim sedap dan cara menjualnya! 😍


🍨 Resepi Mudah Aiskrim Homemade

Tak perlu mesin mahal! Ini resepi aiskrim homemade yang lembut dan berkrim. 💕

Bahan-bahan:

✔ 500ml susu full cream 

✔ 250ml whipping cream 

✔ 200g susu pekat manis 

✔ 1 sudu kecil esen vanila 

✔ Topping pilihan (coklat chip, oreo, kekacang, buah-buahan)


Cara Membuat:

1️⃣ Pukul whipping cream hingga kental. 

2️⃣ Masukkan susu pekat, susu full cream & esen vanila. Kacau sebati. 

3️⃣ Tuangkan ke dalam bekas, taburkan topping pilihan. 

4️⃣ Bekukan dalam peti sejuk selama 6-8 jam

5️⃣ Siap! Nikmati aiskrim homemade yang lazat! 🤤


💰 Tip Menjual Aiskrim dari Rumah

Nak jana pendapatan dari jualan aiskrim? Ikut tip ni! 🛒


1. Pilih Jenis Aiskrim yang Popular

✔ Aiskrim cup (bekas kecil, sesuai untuk kanak-kanak) 

✔ Aiskrim batang (lebih praktikal & mudah dibawa) 

✔ Aiskrim premium (oreo, nutella, matcha, biscoff) 

✔ Aiskrim milkshake (variasi untuk tarik pelanggan)


2. Gunakan Packaging Menarik

💡 Gunakan bekas comel & label menarik dengan logo anda. 💡

 Pastikan pembungkusan kedap udara supaya aiskrim tahan lama.


3. Harga Berpatutan & Untung Maksima

💲 Harga mampu milik: RM2-RM5 per unit. 

💲 Kos rendah, untung tinggi jika buat dalam kuantiti banyak. 

💲 Tawarkan promosi “Beli 5, Percuma 1” untuk tarik pelanggan!


4. Jual di Pelbagai Platform

🚀 Promosi di WhatsApp, Facebook, TikTok & Instagram. 

🚀 Hantar ke sekolah, tadika atau kawasan kejiranan. 

🚀 Tawarkan servis COD untuk pelanggan sekitar.


5. Kumpul Testimoni & Repeat Order

  ✔ Minta pelanggan review di media sosial. 

  ✔ Buat post “Testimoni Pelanggan” untuk tarik lebih ramai pembeli. 

  ✔ Pastikan kualiti aiskrim konsisten & sedap supaya pelanggan datang semula! 😍


Jom Mulakan Bisnes Aiskrim Homemade!

Tak perlu modal besar, hanya guna bahan mudah & strategi pemasaran betul, anda boleh mula menjual aiskrim homemade dari rumah! 💪 Jangan tunggu lagi, cuba sekarang & jana pendapatan sendiri! 💰🍦



Tuesday

3 Langkah Mudah Mulakan WhatsApp Web

Ramai yang masih belum tahu bagaimana nak mengaktifkan whatsapp Web. Di sini saya cuba berikan 3 langkah mudah untuk memulakan whatsapp web.

Sebelum itu, pastikan anda telah update applikasi whatsapp yang terkini. Aplikasi whatapp terbaru membolehkan anda menggunakan whatsapp web.

Langkah pertama :

Buka google chrome untuk menggunakan aplikasi ini. Kemudian buka whatsapp anda. Pilih menu untuk buka senarai menu yang ada. Anda akan jumpa Whatsapp WEB di bahagian menu.



Langkah kedua:

Taip laman web ini untuk buka whatsapp web : web.whatsapp.com . Kemudian anda perlu scan QR kod yang diberikan di laman web tersebut.



Langkah ketiga :

Jika anda sudah berjaya scan QR kod, automatik akan dibawa ke laman web. Seperti gambar di bawah. Kini anda boleh buat kerja di komputer sambil whatsapp tanpa mengadap telefon pintar.



Selamat mencuba.

Anda ingin baca yang lain. Klik sahaja link di bawah .


  1. Teknik melajukan komputer anda ( khas pengguna Window Microsoft)
  2. Rahsia menjaga kereta Tanpa pengetahun Pomen
  3. Cara lulus temuduga N17 (pembantu tadbir peekeranian)



Monday

Cara Tebus/Redeem mata ganjaran Big Point untuk Pengguna Tone Excel

tebus point air asia


Bigpoint adalah mata yang terkumpul dari hasil topup tunetalk. Ramai pengguna talian tunetalk sama ada tone excel dan tone plus masih blurr cara - cara menebus big point. Ada yang sudah mengumpul point sehingga 10 000 mata. Jangan tak tau ada tiket kapal terbang yang boleh anda tebus di laman web www.airasiabig.com



Untuk tebus point Big Point untuk tiket kapal terbang, jumlah terkumpul yang wajib mestilah 3000 point. Jika point belum mencukupi anda boleh guna untuk menebus barang lain di online store tunetalk.


Berikut ada beberapa cara yang perlu anda lakukan untuk menebus big point tukar kepada tiket kapal terbang,


Langkah Pertama :
Bagi pengguna tunetalk/tone excel anda perlu mendaftar di selfcare tunetalk.
https://selfcare.my.tunetalk.com/

atau :
http://www.tunetalk.com/my/
Kemudian klik self register

jika anda baru pertama kali mendaftar, daftar no.ic dan no.hp anda dahulu.



Langkah kedua:

klik first time login.

Daftar segala maklumat yang diperlukan. Pastikan tepat kerana ini melibatkan data personal anda.
Pendaftaran ini perlu untuk mendapatkan id big shot.


Setelah selesai pendaftaran, jika sudah berjaya, Anda boleh buka e-mail untuk verify.
Kemudian anda akan dapat big shot id

big id air asia big point


Langkah ketiga :

Jika anda sudah mendapat id, boleh klik link di bawah untuk melakukan pendaftaran redeem point.


klik bahagian sign up, dan pilih register your id


Langkah keempat :

Seterusnya buka semula laman web www.tunetalk.com
Ikut cara ini. Sebab laman web tunetalk tidak menyediakan bahasa malaysia.

1 - Pilih menu online store
2 - Tekan menu redemption
3 - Ruang Show Me pilih AIR ASIA BIGPOINT





4 - Tekan Redeem Now. Akan keluar ruangan untuk mengisi no.ic dan password



5 - Selepas submit (penghantaran)

Tekan yes dan anda akan terus di hantar ke ruangan ini


klik petak I accept.
Dan submit order. Siap

Tunggu pengesahan email dari air asia. Selamat mencuba. Jika dah berjaya, boleh cek point anda di laman web bigpoint asia


Saturday

Cara Mudah Buat Duit dengan Bisnes Online



Masih dalam mood beraya. Memang agak letih melayan tetamu. Tapi kena curi masa sikit unuk berkongsi satu laman web bisnes online yang mungkin sesuai untuk anda.  Kelebihan bisnes ini tidak memerlukan anda 24 jam untuik menghadap internet.

Rahsia hanya menggunakan sistem web ini dalam masa 2-3 jam terbongkar dalam video youtube ini. Anda mungkin memerlukan sedikit review bagaimana sistem ini mampu menghasilkan RM90 dalam masa 1 jam sahaja.

Pelik tapi benar, anda boleh lihat link video itu di sini. Klik di sini untuk info.

Saya akan berikan sedikit testimoni kepada anda bagaimana beberapa orang yang telah mencuba sistem ini dan menghasilkan pendapatan yang agak lumayan.


Jika anda masih lagi mencari-cari satu bisnes yang tidak memerlukan komitmen yang tinggi.Saya syorkan anda mencuba perniagaan online.Hanya klik di sini untuk selangkah mengubah taraf hidup anda.

Sunday

Sebab mengapa anda perlu risau kenapa kepala menjadi BOTAK

Lelaki botak dikatakan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari. Satu kajian terbaru menyatakan risiko itu dihadapi oleh mereka yang botak di bahagian tengah kepala.




Lelaki yang mengalami botak depan dikatakan tidak memiliki risiko tambahan bagi penyakit arteri tersumbat yang juga boleh menyebabkan serangan jantung, menurut laporan jurnal BMJ Open.

Berikut penemuan penyelidik dari Bahagian Penyakit Metabolik dan Diabetes Universiti Tokyo:
  • Mereka menganalisis enam kajian mengenai perbezaan botak di kalangan lelaki dan penyakit koronari jantung yang dijalankan antara 1993 dan 2008 membabitkan hampir 40,000 responden di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Analisis berkenaan menunjukkan bahawa lelaki yang kehilangan banyak rambut berkemungkinan lebih satu pertiga untuk mendapat penyakit arteri koronari berbanding mereka yang berambut lebat.
  • Lebih teruk keadaan botak akan mempengaruhi peringkat risiko tetapi sekali lagi ia hanya membabitkan mereka yang botak di bahagian tengah kepala.
  •  
  •  Hasil kajian ini menunjukkan bahawa botak di bahagian tengah adalah lebih dikaitkan dengan systemic
    atherosclerosis (penyakit jantung koronari) berbanding mereka yang botak bahagian depan.
  • Faktor risiko kardiovaskular berkenaan perlu dikaji dengan lebih teliti di kalangan lelaki yang botak tengah kepala
    terutama golongan lelaki muda dan mereka yang mungkin digalakkan untuk melihat risiko profil kardivaskular masing-masing.

Pun begitu, kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini.
sumber: Berita Harian

Nak selesaikan maslah gugur rambut,sila LIKE facebook page kami di link ini :
 http://www.facebook.com/tonikrambutshop