Posts

Kenapa hantaran Semakin Tinggi??

Image
Semakin lanjut usia aku ni,semakin cepat fikir hal-hal kahwin ..maklumlah, orang tua nak merasa juga menimang cucu sendiri.ni angkat cucu anak orang tak de feel..nak main-main dengan cucu pun tak rasa lagi..nasib badan. tengah kumpul duit sekarang ni..tak banyak.sikit-sikit pun jadi la.asalkan terkumpul duit aku. Isu sekarang ni, bab-bab hantaran tak mau kalah beb..dari hujung kampung sampai hujung negeri 1 Malaysia ni. petik jer berapa,takdeh dah main RM 5000 ke bawah. nak kahwin stend by la dalam RM 20k...uuuuuuuuuuuuuu.memang terbaik.Sebab tu aku tak dapat usulkan hajat nak meminang kat umah bakal mak mentua..belum mampu lagi..apa la ang nak dibuat sampai hantaran dekat RM10 ribu ni...kenduri simple dah la.nak amik gambar lengkap segala kat kedai gambar pun ok.tak de la make up cair. Kalau dengan RM10 ribu berbaloi dengan kebahagiaan yang kita dapat memang best la..tapi kalau bawak dengan hutang sekali,memang letih la.bleh bikin panas jer nanti..semua nak diungkit.itu la ini la....

Dengan BLog hasil RM 1 juta..WOW!!!!!

Image
Sememangnya dengan blog kita masih mampu  menjadi jutawan..waa.anda massih tidak percaya???boleh lihat berita harian muka depan hari ini..pastikan 23/1/2011..hari lain tak dapat lah. Nak dapatkan hasil RM1 juta kena ada 1 juta punya usaha ..kalau setakat duduk menatap wajah sahaja,tak dapatlah korang nak rasa..aku kagum dengan blogger-blogger yang lain apabila berjaya meraih pendapatan yang begitu lumayan dengan blog. Tabik spring la dari aku. Dengan terpapar yer berita ni, terbukti apa sahaja boleh dijadikan pendapatan asalkan berusaha. kalau tak berusaha tak dapatlah nak rasa hasilnya...best punyer..

Rahsia Wanita

Image
Tangan Kita mulakan dari tangan dahulu, fakta mengatakan tangan anggota paling sensitif, tapi sebelum tu sila pastikan tangan anda bersih dahulu sebelum memegang tangan dorang..nanti silap hari bulan pipi korang akan jadi sensitif selepas kena tamparan wanita. Telinga Dicium, disentuh atau dihembus nafas kat part memang dorang mudah teransang. pergh..gerenti menggeletar jiwa dan raga dorang. nafas anda hendaklah berbau harum semerbak kasturi, baru romantik...hahahahah Pinggang peluk pinggang wanita dengan penuh kelembutan dan kasih sayang..walaupun perut anda mengganggu ketika sesi berpeluk,abaikan..anggap sahaja sebagai penghubung kebahagiaan..baik punyer... Kaki dan Tapak Kaki time bermanja-manja usap-usaplah kaki tu.timbulkan suasana yang lebih romantik. Leher dan bahu Part yang paling best.sebab paling sensitif . kaum wanita suka disentuh di bahagian ini.syok dorang kata..nak test boleh..tanya kat isteri korang.. Paha Part Peha ni, dah makin hampir ke daerah  larangan...

Antara Laptop dengan Handphone,Mana Yang Anda REla Lepaskan??

Image
apa yang anda akan pilih jika 2 gajet di atas tidak rela dimadukan???hahahah..menarik x?tidak pernah lagi aku dengar gajet ni akan berkata-kata rela dimadukan atau tidak.idea ini muncul ketika aku melihat banyak sangat laptop dengan handphone baru kat surat khabar.banyak cantik lagi banyak function.. harga handphone pun dah sama dengan laptop...huhuhu...layan je la..pakai yang mana mampu setakat ni..

Bila Maria Ozawa bertudung..

Image
Renungan  manja dari  maria ozawa . tergoda tak?? Mau yer tak cun jer tengok, lagi-lagi bila dah pakai tudung....Tapi ni guna adobe photoshop jer. Bertuah la dia nak pakai tudung ni.  Sesiapa rajin cari gambar dia, memang boleh buat hidung berdarah punya. jadi tahan-tahanlah erk. Sebenarnya gambar ni pun ambil kat google jer.. yang sexy tu banyak, yang bertudung je kurang. So jangan ditenung lama-lama. nanti sakit jantung..hahahaha

Senaman Mencergaskan Tenaga Batin

Image
senaman yang aku bagi ni bukan main-main tau.real punya..apa yg penting korang kena amalkan selalu,baru berkesan.setakat sekali je tak dapat aku nak menolong.senaman yang aku nak share dengan korang untuk merengangkan seluruh otot dan urat pada keseluruhan tubuh.jika diamalkan selalu,mampu meningkatkan kesihatan tubuh badan. apa lagi amalkan selalu nya..sesuai diamalkn untuk kaum lelaki dan wanita.mantoppppp!!!nak lagi mantop beli minyak kelapa dara bioasli dari aku, untuk urut yang lain plak..hihi.baik punye.. untuk senaman penuh boleh download manual kat bawah  

AYAT SERIBU DINAR

Image
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu. Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah: 1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara 2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah 3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan 4. Dan ketika dirasakan perlu sesiapa yang masih lagi mencari mp3 surah ni,aku dah letakn kat sini..semestinya percuma.download sahaja