Sunday

Rendang makanan no.1 paling sedap kat dunia




Sesedap stik daging kat hotel ni, satu dunia sudah mengistiharkan rendang daging makanan paling sedap kat dunia..jangan tak tau,janganla bangga makan stik daging lepas ni. Makanan orang kampung je tu.Tp dah diiktiraf dunia.Sapa-sapa yang baca Berita Harian hari ni mesti ada baca pasal artikel ni..Ranking 10 ke atas makanan Malaysia menguasai..ada sate,asam laksa pulau pinang..ada la lagi.nak tau lebih lanjut, boleh la baca di Berita Harian..

Jadi,anak-anak melayu,perlu berasa bangga..mak-mak kita buat makanan paling sedap kat dunia.Tak perlu memperlekehkan lagi..orang luar mana reti nak masak rendang ni..Orang Malaysia je..haa..TERBAIK..i like my mum rendang..

Aktiviti klik Raya

Lagi seminggu sudah nak raya..Puasa still full lg setakat ni.Bulan ni aku rasa panas je kat kampung aku.Hujan pun turun baru semalam.sejuk juga akhirnya malam-malam..sedap tido sampai nak sahur pun tak sedar.aku hari ni baru dapat idea nak buat post baru.Maklumlah nak buat ayat sebelum ni asyik ada wirre short.tu yg tak dapat siap..



 Ok mula-mula kita cerita pasal promosi raya.Sedang aku sibuk dengan facebook ternampak satu iklan promosi dari Maxis.. Apa lagi pasal hot ticket la..Promosi jimat hari raya untuk pelanggan-pelanggan maxis.berbaloi untuk orang yg suka menyembang.Tapi aku lain,pakai ym dgn fb jer..boleh contact semua.Skype pun ada.Lagi jimat..huhuhu.



Tambah la pulak, Radio Era nak buat open house.. aaa.Class gitu..sapa mau join????aku tentu nak..dah register nama pun.korang bila lagi..jangan tunggu lama-lama nanti di ambil orang.ambil peluang ini untuk meriahkan suasana hari raya anda.Tak mustahil jika anda salah seorang dari pemenangye..

Sementara nak hilangkn boring ni,aku tengok satu video budak-budak  . apa menda la dorang buat sebenarnya.aku pilih like or dislike jer kat dalam video ni..mau tengok ka??aku boleh bagi untuk tontonan umum.Tengok di sini.




 Letih jari jemari ku menaip hari ni..idea jap lagi datanglah..sampai kat sini dl..




Tuesday

Lagu Raya dah Bergema

Sedang aku buat kerja pagi td..bleh plak lagu raya kuar.layan feel sekejap..touching plak dengar lagu Pulangla dendangan Aisyah..macam baru putus cinta la dengar lagu ni..huhuhu..sadis2..Diam-diam dah nak dekat 2 minggu kita puasa.memang tak terasa kalau kita sibuk buat kerja.Tapi time aku jadi student dulu,rasa lama jer puasa ni..sebab tak banyak kerja nak buat.Balik rumah jer terus tido..apa nak jadi dengan aku ni.Hasilnya perut dah macam usung baby 3 bulan,,EEEEEEmmmmmmmm..Macam mana yer nak buat bagi kurus balik,,dah di tahap kronik ni.maju ke depan..hihiihi

Wednesday

Apa yang PENTING??kerjasama..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBji7hu-ARqn1zYjLU4uQvZ0SajuBsas-lvIo81csgji0_04dm9y2_oCP8afa7TBYfbdll3l2Qkgzi8xJYaZnSePv9zBgt-I_JIyR5m9YrOiBZ4fkw3jEtA0NL09QCaBJOjMAviXvZTcU/s400/MAS-AirAsiaX.bmp


Akhirnya kita dapat juga melihat Air Asia dan MAS bergabung tenaga untuk memantapkan perkhidmatan penerbangan di Malaysia.

Adakah ini keputusan yang tepat oleh kedua-dua syarikat penerbangan???
Semestinya memang terbaik untuk mereka bekerjasama di kala keadaan ekonomi dunia yang masih tidak beberapa stabil.Dengan kredit USA yang sentiasa diparas membimbangkan,tidak mustahil kemelesetan ekonomi dunia akan berlaku semula.

Belanjawan 2012 akan di umumkan tidak lama lagi,dan kita berharap ada sesuatu yang baik untuk rakya

Maklumat lanjut:

Tuesday

Sekolah kena BOM....


INI DIA...bangunan sekolah yang cuba dibom oleh dua pelajar.
INI DIA...bangunan sekolah yang cuba dibom oleh dua pelajar.(harian metro 8/3/2011)


Apabila pelajar kita terlebih ilmu di dada..memang benda yang pelik mereka nak buat.Sampai sekolah sendiri pun nak bom.Yang menjadi perhatian di sini,pelajar hanya menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk.memang gempak..boleh bawa ke negara palestin diorang ni.mesti Israel takut punya la..memang kreatif. adik-adik di luar sana kreatif biar la bertempat.biar kreatif memberi makna kepada manusia sejagat,jangan kreatif memakan diri sendiri..Jaga la disiplin ketika di sekolah..

Monday

i-City beli ‘salji’ Korea




Peeerghhhh!!!! tak perlu tunggu ramalan cuaca dah kat shah alam ni..lepas ni salji akan turun kat i-City jer..haaa..hebatkan.berita ni benar,bukan main-main..Ketua Pegawai Eksekutif I-city mengesahkan kenyataan bahawa mesin salji telah dibeli dari Korea.

mesin salji itu dibangunkan khas untuk i-City berikutan permintaan syarikat itu bagi menghasilkan salji dalam iklim tropika.fasa pertama membabitkan pemasangan mesin 16 dram di siling pintu masuk utama Snowalk.

“Mesin itu berupaya menghasilkan enam tan atau kira-kira 400 kilogram salji lembut sehari,” katanya selepas menandatangani pakatan strategik dengan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Snow Ice Maker BarsKorea, Lee Ki Choon di Incheon, Korea. - Bernama

akhirnya tercapai hasrat aku nak merasa salji kat Malaysia ni..kawan-kawan apa lagi..jom pegi i-city.tapi kena tunggu salji dah turun la.baru gempak..

Sunday

Kenapa hantaran Semakin Tinggi??



Semakin lanjut usia aku ni,semakin cepat fikir hal-hal kahwin..maklumlah, orang tua nak merasa juga menimang cucu sendiri.ni angkat cucu anak orang tak de feel..nak main-main dengan cucu pun tak rasa lagi..nasib badan. tengah kumpul duit sekarang ni..tak banyak.sikit-sikit pun jadi la.asalkan terkumpul duit aku. Isu sekarang ni, bab-bab hantaran tak mau kalah beb..dari hujung kampung sampai hujung negeri 1 Malaysia ni. petik jer berapa,takdeh dah main RM 5000 ke bawah. nak kahwin stend by la dalam RM 20k...uuuuuuuuuuuuuu.memang terbaik.Sebab tu aku tak dapat usulkan hajat nak meminang kat umah bakal mak mentua..belum mampu lagi..apa la ang nak dibuat sampai hantaran dekat RM10 ribu ni...kenduri simple dah la.nak amik gambar lengkap segala kat kedai gambar pun ok.tak de la make up cair. Kalau dengan RM10 ribu berbaloi dengan kebahagiaan yang kita dapat memang best la..tapi kalau bawak dengan hutang sekali,memang letih la.bleh bikin panas jer nanti..semua nak diungkit.itu la ini la...Bertuahnya hidup bila semuanya berjalan lancar..tak begitu..

 
Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM10,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.

Bajet 
Belanja Kahwin


Jalan mudah?! Buat pinjaman bank!.. Tambah satu lagi hutang.. sekarang sudah ada..
  • Hutang Motorsikal
  • Hutang Kereta
  • Hutang PTPTN
  • Hutang Rumah
  • Hutang Mamak
  • Hutang Komputer
  • Hutang Koperasi
  • Hutang Kad Kredit
  • HUTANG KAHWIN?!
Berapa banyak hutang daaa?... Jikalau begini, jawapnya.. aku kena berusaha mengelak dari berhutang...hahahaha.langkah bijak....