Posts

Buat Duit Dengan Clickbank

Image
Post berkaitan : Aku berjaya jana income $1000 dengan clickbank  Hai guys, kisah aku hari ni berkisarkan bagaimana menjana income melalui produk - produk di Clickbank. Bagi mereka yang masih baru mengenai clickbank, clickbank adalah marketplace produk - produk fizikal dan digital. Apa yang bestnya untuk menjadi ahli clickbank, anda tidak perlu modal. Pendaftaran adalah percuma. Aku mula berkecimpung secara serius dalam Clickbank awal 2018. Daftar lama dah, tapi belum berjaya menghasilkan income seperti tahun 2018. Gambar bawah ni bukti aku dah berjaya membuat jualan. Tak banyak, tapi bolehlah nak bayar PTPTN dengan ansuran kereta myvi setiap bulan. Secara ringkasnya, kenapa clickbank menjadi pilihan. Kenapa Clickbank? Banyak program affiliate di luar negara yang boleh anda sertai, tapi kenapa aku sarankan Clickbank. Berikut adalah sebab kenapa aku pilih Clickbank : - Komisen tinggi :   Clickbank membayar komisen yang sangat tinggi untuk para aff...

4 Tip untuk Peniaga Kecil Borong Barang Di Taobao.Com

Image
TaoBao.com adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Di sini saya akan berikan beberapa tip mudah untuk peniaga baru membeli barang di laman web taobao menggunakan ejen di Malaysia. Dengan bermodalkan RM50 anda dah boleh mula berniaga. Anda boleh klik link ini untuk pembelian Ebook Borong Di Taobao  Tip 1 : Cara Selamat Guna Ejen Taobao Jika kita masih baru dalam urus niaga di Taobao, saya syorkan anda untuk menggunakan ejen sebagai orang tengah. Sebagai orang yang masih baru, ejen diperlukan untuk urusan tempahan, pembayaran dan semakan tempahan kita. Taobao tidak...

Buat Duit Dengan Ambil Gambar?

Image
Tahukah anda fotografi ialah satu hobi yang sangat menguntungkan? Tanpa modal yang besar dan peralatan canggih pun, sesiapa sahaja termasuk anda boleh memulakannya. Dengan syarat anda mestilah mengetahui langkah-langkah yang betul bagaimana untuk bermula dari awal sehingga ke tahap mengembangkannya. Anda bayangkan dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, anda akan mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan. Dan untuk satu majlis perkahwinan anda boleh kenakan bayaran sebanyak RM1,500. Dua majlis perkahwinan anda dapat RM3,000. Tolak kos cetak custom album, gambar dan sebagainya, anda masih boleh untung sekitar RM2,000 sebulan. Jurufoto Profesional, Dibayar Sehingga RM7,000 Untuk 1 Sesi Fotografi. Itu hanyalah contoh. Dalam industri fotografi, jurufoto profesional dibayar di antara RM1K - 7K untuk satu sesi fotografi perkahwinan. Ada juga jurufoto yang dibayar di antara RM1K – 3K sehari. Dan anda juga boleh sampai ke taha...

3 Cara percuma Untuk Mulakan Perniagaan Online

Image
Perniagaan secara online kini menjadi pilihan usahawan - usahawan muda. Kelebihan perniagaan yang dapat menjimatkan kos sehingga 50% berbanding perniagaan konvesional menyebabkan para usahawan mula beralih arah. Kemudahan intenet yang semakin baik, membantu mengubah cara pelanggan membuat pembelian. Jika anda masih baru dan ingin mencuba perniagaan online secara part time, gunakan peluang berniaga online secara dropship. Kelebihan dropship, anda tidak perlu menyimpan stok di rumah. hanya ambil tempahan dan membuat pembayaran. Segala proses penghantaran akan diururskan oleh pihak dropship.Untuk mencari produk dropship anda boleh rujuk di laman web KUMOTEN  . Laman web ini banyak menyediakan produk - produk dropship yang sedia untuk di jual. Apabila terhasilnya telefon pintar /smartphone,  aplikasi - aplikasi media sosial mula berkembang pesat. Pelbagai aplikasi smartphone memudahkan cara berhubung antara pelanggan dan peniaga online. Pihak bank juga telah me...

Tips Ringkas Borong Barang China

Image
Dalam dunia internet, apa –apa perniagaan boleh dilakukan secara maya. Kini penggunaan internet semakin meluas. Dengan adanya aplikasi atau web yang menggunakan media sosial telah membantu meningkatkan lagi urus niaga dalam talian. Ramai yang ingin belajar berniaga. Kebanyakannya masih tercari – cari produk untuk dijual secara online. Ada yang berminat untuk mencari produk borong barang china tetapi masih belum jumpa cara untuk mendapatkan barang dengan harga pukal/borong . Kenapa borong barangan dari China menjadi pilihan? Ramai yang tidak mengetahui, keuntungan sehingga 100% boleh dicapai dengan memborong barang China dan menjualnya semula di serata dunia. Sedia maklum barangan China adalah pusat pengeluaran produk terbesar di dunia. Pelbagai barangan dari pakaian hinggalah barangan elektronik boleh diborong dari China. Tahukah anda jika kita pergi memborong sendiri di China melibatkan kos yang agak besar. Jadi tidak berbaloi untuk seseorang menghabiskan...

Panduan Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Di Sektor Awam

Image
Bekerja di sektor awam antara pilihan kerja yang paling banyak permohonan. Kadangkala permohonan mncapai sehingga berpuluhan ribu walaupun jawatan yang dibuka hanyalah 5 kekosongan. Situasi ini menyebabkan persaingan antara graduan yang baru tamat pengajian dengan pekerja - pekerja swasta yang lain. Jika anda berminat untuk memohon jawatan dalam kerajaan boleh buat permohonan di SPA8i atau taip sahaja www.spa.gov.my Melalui laman web tadi, anda akan dapat notis pengiklanan kerja kosong kerajaan . Apa yang perlu anda lakukan, pertama anda perlu membuat pendaftaran. Isi lengkap segala maklumat dan permohonan jawatan. Jika permohonan anda berjaya, selalunya SPA akan berikan email melalui email yang anda telah daftar. Kenapa pekerjaan sektor awam menjadi pilihan? Ada beberapa sebab mengapa begitu ramai memohon jawatan kosong kerajaan . Antara sebabnya :  Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi Kemudahan perubatan sehingga se...

Kelebihan Pelaburan ASB vs Saham

Image
Saham adalah salah satu cara untuk menggandakan wang tanpa perlu bekerja. Aktiviti jual beli saham masih baru dikalangan orang Melayu. Ramai yang menganggap saham hanya untuk orang-orang kaya. Modal perlu besar, dan mereka masih selesa dengan pelaburan saham ASB. Beberapa tahun kebelakangan ini, isu pelaburan ASB adalah tidak mengikut syariah menggemparkan para pelabur ASB. Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan mengenai ASB. Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini kita boleh rujuk blog tulisan Ust.Zaharudin di link ini : http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html Ada fatwa mengatakan pelaburan ASB ini adalah HARUS. Pelaburan ASB ada baik dan ada juga kelemahannya. Jadi di sini kita akan kupas beberapa isu ASB dan SAHAM. Dividen ASB purata setiap tahun 7.5% berbanding SAHAM 20% - 100% setiap tahun. ASB berisiko rendah berbanding SAHAM ASB hanya simpan dan tunggu berbanding SAHAM anda perlu pantau set...