Belajar Berniaga Jual Kek Dan Biskut Sesuai Masa PKP
Anda ada kemahiran buat kek, biskut atau roti? Kalau anda tak ada kemahiran tersebut, nak tak belajar kemahiran bakeri ni? Nak lagi best tak? Kalau saya ada cara untuk anda ubah kemahiran ini jadi salah satu sumber pendapatan anda, nak tak? Kali ni saya nak share dengan anda berkenaan satu kemahiran yang ramai orang boleh kuasai dengan mudah, tapi tak ramai yang tahu macam mana nak jadikan ia sebagai salah satu sumber pendapatan buat anda. Anda pastinya akan ternganga kekaguman selepas anda baca perkongsian kali ini. KENAPA BISNES BAKERI NI LAKU? Kalau anda perasan, ramai yang menganggap bakeri seperti roti, kek dan biskut sebagai makanan yang termasuk dalam kategori yang sihat. Okay. Maybe tak semua la. Tapi, ramai yang perlukan produk bakeri untuk minum petang, jamuan, bertukar juadah, hadiah, sambutan hari lahir dan sebagainya. Kalau kita ambil satu contoh mudah iaitu hari lahir. Setiap hari pasti ada sahaja yang akan menyambut hari lahir. Biasanya ia akan di...