Formula Kurus dengan Asam Gelugor/ Asam keping



Amalkan minum air asam keping/gelugor....

Caranya:

Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih, kemudiannya masukkan dalam bekas minuman (botol air/ tupperware - 500ml-1liter) rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA.

Setelah suam , buat seperti minuman biasa...diminum sentiasa..air habis ..tambah lagi...sehingga hilang rasa...tukar asam keping lain...

Cubalah..anda pasti terkejut dengan hasilnya..


 KHASIAT ASAM GELUGOR


Asam gelugur atau nama botaninya Garcinia cambogia merupakan buah eksotik berwarna kuning dan berbentuk seakan buah labu. Buah yang dikatakan berasal dari India dan Asia Tenggara ini juga dikenali dengan nama Malabar tamarind, brindle berry dan juga asam keping terutamanya setelah buahnya dikeringkan.

Pokok asam gelugur boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Batang pokok mempuyai kulit berwarna kelabu yang licin dan dahannya mencecah sehingga ke tanah. Daun pokok asam gelugur berwarna hijau gelap, berkilat, panjang sehingga ke penghujung daun. Bunganya berwarna merah. Buah yang sudah masak berwarna kuning dan selalunya akan dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan atau direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Pokok yang tergolong dalam keluarga Guttiferea ini telah mendapat perhatian luas semenjak kebelakangan ini kerana dikatakan isi buahnya yang telah direbus dan kemudian diminum airnya, dikatakan mampu dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan berat badan. Alasan yang diberikan adalah, buah asam gelugur kaya bahan yang dipanggil asid hydroxycitric atau HCA.

Iklan : Bagaimana teknik kurus ini membantu budak gemuk hilang 20kg dalam 5 hari



Comments

Popular posts from this blog

10 Makanan Viral di Malaysia Tahun Ini – Wajib Cuba Sebelum Terlambat!

Top 10 Laman Web Pengiklanan Kerja Terbaik di Malaysia untuk 2025

Apa Itu Tepung Campuran & Cara Penggunaan: Resepi Kek Moist Guna Tepung Campuran