Wednesday, December 12, 2018

Cara Buat Duit Online Cecah USD $1000 Sepanjang Tahun 2018

Setelah beberapa bulan mempromosikan produk Clickbank, dalam tak sedar aku sudah berjaya menjana income sehingga $1000 pada tahun 2018. Antara percapaian terbaik sepanjang aku menyertai program Affiliate Clickbank.

 

Tahun 2018 adalah tahun permulaan income USD bergerak ke depan. Ramai yang kurang yakin dengan Panduan CB Method. 

Aku cuba juga sehingga berjaya. Bermula dari nilai $0 sehingga mencapai $1000. Bagi aku berbaloi dapatkan panduan ni. Dalam Post Tip Jana Income USD Dengan Clickbank Affiliate aku ada menyentuh panduan CB Method.

Skrinshot di atas menunjukan bagaimana proses payout berlaku dalam clickbank. Ada masa aku set payout $50, ada masa payout $100. Bergantung pada keperluan. Kalau sesak duit, keluar awal la kan..hahaha.

Bagi yang masih sangsi mengenai Panduan CB Method ni, aku sarankan beli dahulu. Sebelum harga akan dinaikkan lagi. Buat masa ni masih lagi RM250. Ada jaminan wang 60 hari, jika anda rasa panduan ini macam tak sesuai dengan jiwa anda.

Azam baru aku 2019, nak hasilkan income RM2000 setiap bulan dengan Clickbank. Apa azam anda akan datang?

Thursday, June 28, 2018

Buat Duit Dengan Clickbank



Post berkaitan : Aku berjaya jana income $1000 dengan clickbank 

Hai guys, kisah aku hari ni berkisarkan bagaimana menjana income melalui produk - produk di Clickbank. Bagi mereka yang masih baru mengenai clickbank, clickbank adalah marketplace produk - produk fizikal dan digital. Apa yang bestnya untuk menjadi ahli clickbank, anda tidak perlu modal. Pendaftaran adalah percuma.

Aku mula berkecimpung secara serius dalam Clickbank awal 2018. Daftar lama dah, tapi belum berjaya menghasilkan income seperti tahun 2018. Gambar bawah ni bukti aku dah berjaya membuat jualan. Tak banyak, tapi bolehlah nak bayar PTPTN dengan ansuran kereta myvi setiap bulan.




Secara ringkasnya, kenapa clickbank menjadi pilihan.

Kenapa Clickbank?
Banyak program affiliate di luar negara yang boleh anda sertai, tapi kenapa aku sarankan Clickbank. Berikut adalah sebab kenapa aku pilih Clickbank :

- Komisen tinggi : 
Clickbank membayar komisen yang sangat tinggi untuk para affiliate. Komisen sekitar 50% - 70%. Bergantung pada produk dan vendor. Contoh jika produk tersebut berharga $100, anda akan mendapat $70 ( untuk komisen 70%). Kenapa mereka boleh membayar komisen yang sangat tinggi. Anda kena faham, produk digital bermakna terdapat tiada kos pengeluaran, kos penghantaran atau apa-apa kos lain yang biasanya berkaitan dengan produk fizikal, maka komisen tinggi.  

- Pembayaran Pantas, Selamat Dan Terjamin
Perkara yang paling penting, proses pembayaran yang selamat dan terjamin sampai ke tangan anda. Setakat ke hari ini, aku tidak ada masalah menerima pembayaran komisen setiap kali ada jualan. Komisen di bayara mengikut minggu atau bulan. Bergantung pada cara pembayaran yang anda pilih. Komisen terkumpul boleh anda set bermula dari $10 sehingga $1000. Cara penerimaan komisen, boleh pilih cek atau bank transit. Zaman dulu - dulu ramai yang memilih cek sebagai cara pembayaran. Kini pembayaran menjadi mudah. Aku syorkan guna Payoneer. Dengan menggunakan bank transit Payoneer, proses withdraw boleh dilakukan dengan lebih pantas. selalunya 1 hari bekerja. Bergantung pada masa. Sebab kena ikut masa US lah. Untuk pendaftaran akaun Payoneer adalah PERCUMA dah akan diberikan komisen $25 (syaratnya setiap transaction mencapai $1000 yang pertama) . Untuk pendaftaran akaun, klik sahaja link Payoneer di sini.

- Sistem Affiliate Mesra Pengguna Baru
Bagi ahli affiliate yang masih baru, anda tidak perlu risau dengan sistem affiliate Clikcbank. Sistem amat mudah dah boleh dikawal selia dengan baik. Sistem setiap dikemaskini dari masa ke semasa. Jika tidak, mengapa Clickbank masih bertahan sehingga kini kan.



-Banyak Pilihan Produk
Mereka mempunyai beribu - ribu produk. Pelbagai kategori produk yang anda boleh dapat. bermula dari produk menguruskan badan sehinggalah poduk buat duit. Kelebihan produk yang banyak, memudahkan pilihan dan seterusnya membuat income USD.

Jika anda masih blur nak jana income, aku cuba buat artikel ringkas bagaimana nak hasilkan income secara santai dan paling best, tak perlu pandai Bahasa Inggeris.

Untuk mereka yang masih belum mampu menjana income secara konsisten $100 setiap bulan. Dapatkan Panduan CB Method - RM250 Antara panduan yang aku rekemenkan supaya beli. Sebab aku sendiri dah praktik, hasilnya memang ada hasil.