Tuesday, August 8, 2017

Tips Ringkas Borong Barang China

Dalam dunia internet, apa –apa perniagaan boleh dilakukan secara maya. Kini penggunaan internet semakin meluas. Dengan adanya aplikasi atau web yang menggunakan media sosial telah membantu meningkatkan lagi urus niaga dalam talian.

Ramai yang ingin belajar berniaga. Kebanyakannya masih tercari – cari produk untuk dijual secara online. Ada yang berminat untuk mencari produk borong barang china tetapi masih belum jumpa cara untuk mendapatkan barang dengan harga pukal/borong .

Kenapa borong barangan dari China menjadi pilihan?
Ramai yang tidak mengetahui, keuntungan sehingga 100% boleh dicapai dengan memborong barang China dan menjualnya semula di serata dunia.


produk borong dari china



Sedia maklum barangan China adalah pusat pengeluaran produk terbesar di dunia. Pelbagai barangan dari pakaian hinggalah barangan elektronik boleh diborong dari China. Tahukah anda jika kita pergi memborong sendiri di China melibatkan kos yang agak besar. Jadi tidak berbaloi untuk seseorang menghabiskan kos modal besar untuk pergi ke sana. Kita perlu fikir kos penerbangan, kos makan minum, kos hotel dan kos beg. Paling minimum RM3000 anda perlu sediakan jika berhajat ke sana. Begitu besar perbelanjaan.

Jadi, bagaimana kita boleh meminimumkan kos dengan memborong barang yang berkualiti pada harga yang rendah. Dengan kemudahan sistem internet, laman website borong dari China telah diwujudkan. Sebagai permulaan anda boleh mendaftar di Taoboa.com . Jika anda inginkan sedikit panduan bagaimana cara mendaftar di laman web ini boleh rujuk : Panduan Perniagaan Taoboa 

Jika sudah berjaya, anda boleh membuat pemilihan produk. Pembelian produk bergantung pada permintaan. Ada permintaan penjualan semakin mudah. Ada beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika membuat pembelian secara online. Pastikan produk yang anda pilih tidak mudah rosak dan tidak begitu sensitif. Ini memudahkan proses barangan dihantar melalui perkhidmatan kurier.

Ada dua pembelian cara borong menggunakan online. Anda boleh melakukan sendiri atau menggunakan perkhidmatan ejen. Ada beberapa kelebihan menggunakan ejen berbanding melakukan secara bersendirian. Masalah utama apabila tifak menggunakan ejen melibatkan masalah pembayaran, penghantaran/refund dan pelepasan barang daripada pihak kastam. Dengan wujudnya ejen yang menawarkan perkhidmatan pengurusan barang dari China, ini mampu menjimatkan masa dan barang dapat dalam keadaan baik. Untuk melihat cara pengiraan kos menggunakan ejen anda boleh rujuk link facebook ini : https://www.facebook.com/notes/taobao-agent-malaysia/how-to-order-fees/1551066558507428

pembekal barangan china


Bila barang yang sudah dipesan sudah sampai ke rumah anda, seterusnya pemeriksaan setiap barang perlu dilakukan sebelum menjual. Anda wajib buat perkara ini untuk mengelakkan barang yang dijual pada pelanggan mengalami kerosakan. Sedikit kesilapan boleh menjejaskan reputasi anda sebagai peniaga online.  Bagi anda yang belum biasa menjual produk fizikal secara online, contoh ayat/skrip boleh anda klik pautan  Rahsia Bisnes Online Barang China di sini.


Iklan : Bagaimana anda mempu jimatkan RM3000 dengan borong produk dari China Secara Online.

Wednesday, November 9, 2016

Panduan Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Di Sektor Awam

Bekerja di sektor awam antara pilihan kerja yang paling banyak permohonan. Kadangkala permohonan mncapai sehingga berpuluhan ribu walaupun jawatan yang dibuka hanyalah 5 kekosongan. Situasi ini menyebabkan persaingan antara graduan yang baru tamat pengajian dengan pekerja - pekerja swasta yang lain. Jika anda berminat untuk memohon jawatan dalam kerajaan boleh buat permohonan di SPA8i atau taip sahaja www.spa.gov.my

Melalui laman web tadi, anda akan dapat notis pengiklanan kerja kosong kerajaan. Apa yang perlu anda lakukan, pertama anda perlu membuat pendaftaran. Isi lengkap segala maklumat dan permohonan jawatan. Jika permohonan anda berjaya, selalunya SPA akan berikan email melalui email yang anda telah daftar.

Kenapa pekerjaan sektor awam menjadi pilihan?

Ada beberapa sebab mengapa begitu ramai memohon jawatan kosong kerajaan. Antara sebabnya : 
  • Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  • Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak.
  • Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan.
  • Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah.
  • Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita.
  • Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik.
  • Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD).
  • Pemberian Cost of Living Allowance (COLA).
  • Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan.
  • Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara.
  • Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan.
Dengan tawaran yang baik, tidak mustahil pekerjaan di sektor awam menjadi pilihan. Keadaan sudah berubah. Tawaran pekerjaan yang sangat terhad menyebabkan persaingan semakin tinggi. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum anda memasuki alam temuduga.

kerja kosong kerajaan


Tips ringkas untuk anda lulus temuduga.
  1. Selepas anda mendapat surat panggilan untuk temuduga, baca dengan teliti. Lihat tarikh dan tempat temuduga. Jadi anda boleh rujuk tempat temuduga dengan lebih awal. 
  2. Sediakan dokumen - dokumen penting untuk dibawa semasa temuduga. Pastikan lengkap dan tersusun. Ini untuk memudahkan penemuduga melihat dokumen anda.
  3. Berpakain kemas dan tidak terlalu seksi.
  4. Duduk dengan sopan, dan mata fokus ke arah penemuduga.
kerja kosong kerajaan




Antara soalan-soalan yang akan ditanya oleh penemuduga :

  • Terangkan Tentang Diri Anda?
  • Apakah Kelemahan Terbesar Anda?
  • Anda Sudah Bekerja! Mengapa Anda Memohon Jawatan Ini?
  • Apakah Sikap Positif & Negatif Diri Anda?
  • Apa Lebihnya Anda Berbanding Calon Lain?
  • Kenapa Anda Mahu Kerja Dengan Kerajaan?
  • Apa Pendapat Rakan Sekerja Anda Tentang Diri Anda?
  • Apakah Pencapaian Terbesar Anda?
  • Apa Alasan Anda Untuk Berhenti Di Tempat Kerja Lama?
  • Apa Anda Nak Buat Kalau Pekerja Bawahan Anda Malas?
Sebagai rujukan untuk anda lulus temuduga, anda boleh rujuk panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan . Tip - tip penting ketika temuduga akan dikongsikan sebagai rujukan. Semoga berjaya.

Tuesday, August 23, 2016

Kelebihan Pelaburan ASB vs Saham

Saham adalah salah satu cara untuk menggandakan wang tanpa perlu bekerja. Aktiviti jual beli saham masih baru dikalangan orang Melayu. Ramai yang menganggap saham hanya untuk orang-orang kaya. Modal perlu besar, dan mereka masih selesa dengan pelaburan saham ASB.


haram pelaburan asb



Beberapa tahun kebelakangan ini, isu pelaburan ASB adalah tidak mengikut syariah menggemparkan para pelabur ASB. Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan mengenai ASB. Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini kita boleh rujuk blog tulisan Ust.Zaharudin di link ini :


Ada fatwa mengatakan pelaburan ASB ini adalah HARUS. Pelaburan ASB ada baik dan ada juga kelemahannya. Jadi di sini kita akan kupas beberapa isu ASB dan SAHAM.
  1. Dividen ASB purata setiap tahun 7.5% berbanding SAHAM 20% - 100% setiap tahun.
  2. ASB berisiko rendah berbanding SAHAM
  3. ASB hanya simpan dan tunggu berbanding SAHAM anda perlu pantau setiap hari.
  4. Akaun simpanan ASB boleh buka di bank konvensional, manakala SAHAM hanya di Investment Bank.
  5. Status pelaburan saham mengikut syariah berbanding status pelaburan ASB.
  6. Akaun saham boleh diwarisi berbanding akaun ASB.
belajar saham

Pelaburan saham masih baru dan fresh dikalangan melayu. Jadi masih banyak ruang yang boleh kita belajar mengenai saham. Ada yang menganggap urusniaga ini boleh jadikan kita muflis dan berisiko tinggi. Jika anda masih berfikiran seperti ini, anda masih silap. Sebenarnya pelaburan saham adalah pelaburan yang menguntungkan.

Jika ada yang berjinak-jinak untuk melabur saham, pastikan anda ada ilmu mengenai pelaburan saham. Pastikan ada asas mengenai saham, sebelum bermula. Kini pelaburan saham semakin mudah. Anda boleh duduk depan laptop, online stock saham dan lihat pergerakan graf secara santai di rumah atau di pejabat. 

Bagaimana jika masih belum jumpa panduan ilmu cara melabur saham?
Saya boleh syorkan kepada anda sebuah ebook mengenai saham tulisan Tuan Khairul Arrifin
Boleh rujuk di laman web ini SistemSaham.com

Apa yang saya katakan, anda harus belajar ilmu asas pelaburan saham. Anda boleh jadikan Wuffen Burret sebagai idola. Beliau merupakan pelabur saham paling berjaya dalam era moden. Mula dan praktis. Itu adalah yang terbaik.


Thursday, October 29, 2015

Tips Cari Duit Tambahan Dengan Menjual Aiskrim Buatan Sendiri




Anda suka aiskrim? Pernah terfikir nak buat sendiri dan menjual aiskrim dari rumah

🤩 Berita baik untuk suri rumah! Dengan hanya modal kecil dan teknik yang betul, anda boleh mulakan bisnes aiskrim homemade yang laris dan menguntungkan. Jom kita bongkar rahsia buat aiskrim sedap dan cara menjualnya! 😍


🍨 Resepi Mudah Aiskrim Homemade

Tak perlu mesin mahal! Ini resepi aiskrim homemade yang lembut dan berkrim. 💕

Bahan-bahan:

✔ 500ml susu full cream 

✔ 250ml whipping cream 

✔ 200g susu pekat manis 

✔ 1 sudu kecil esen vanila 

✔ Topping pilihan (coklat chip, oreo, kekacang, buah-buahan)


Cara Membuat:

1️⃣ Pukul whipping cream hingga kental. 

2️⃣ Masukkan susu pekat, susu full cream & esen vanila. Kacau sebati. 

3️⃣ Tuangkan ke dalam bekas, taburkan topping pilihan. 

4️⃣ Bekukan dalam peti sejuk selama 6-8 jam

5️⃣ Siap! Nikmati aiskrim homemade yang lazat! 🤤


💰 Tip Menjual Aiskrim dari Rumah

Nak jana pendapatan dari jualan aiskrim? Ikut tip ni! 🛒


1. Pilih Jenis Aiskrim yang Popular

✔ Aiskrim cup (bekas kecil, sesuai untuk kanak-kanak) 

✔ Aiskrim batang (lebih praktikal & mudah dibawa) 

✔ Aiskrim premium (oreo, nutella, matcha, biscoff) 

✔ Aiskrim milkshake (variasi untuk tarik pelanggan)


2. Gunakan Packaging Menarik

💡 Gunakan bekas comel & label menarik dengan logo anda. 💡

 Pastikan pembungkusan kedap udara supaya aiskrim tahan lama.


3. Harga Berpatutan & Untung Maksima

💲 Harga mampu milik: RM2-RM5 per unit. 

💲 Kos rendah, untung tinggi jika buat dalam kuantiti banyak. 

💲 Tawarkan promosi “Beli 5, Percuma 1” untuk tarik pelanggan!


4. Jual di Pelbagai Platform

🚀 Promosi di WhatsApp, Facebook, TikTok & Instagram. 

🚀 Hantar ke sekolah, tadika atau kawasan kejiranan. 

🚀 Tawarkan servis COD untuk pelanggan sekitar.


5. Kumpul Testimoni & Repeat Order

  ✔ Minta pelanggan review di media sosial. 

  ✔ Buat post “Testimoni Pelanggan” untuk tarik lebih ramai pembeli. 

  ✔ Pastikan kualiti aiskrim konsisten & sedap supaya pelanggan datang semula! 😍


Jom Mulakan Bisnes Aiskrim Homemade!

Tak perlu modal besar, hanya guna bahan mudah & strategi pemasaran betul, anda boleh mula menjual aiskrim homemade dari rumah! 💪 Jangan tunggu lagi, cuba sekarang & jana pendapatan sendiri! 💰🍦



Tuesday, June 16, 2015

3 Langkah Mudah Mulakan WhatsApp Web

Ramai yang masih belum tahu bagaimana nak mengaktifkan whatsapp Web. Di sini saya cuba berikan 3 langkah mudah untuk memulakan whatsapp web.

Sebelum itu, pastikan anda telah update applikasi whatsapp yang terkini. Aplikasi whatapp terbaru membolehkan anda menggunakan whatsapp web.

Langkah pertama :

Buka google chrome untuk menggunakan aplikasi ini. Kemudian buka whatsapp anda. Pilih menu untuk buka senarai menu yang ada. Anda akan jumpa Whatsapp WEB di bahagian menu.



Langkah kedua:

Taip laman web ini untuk buka whatsapp web : web.whatsapp.com . Kemudian anda perlu scan QR kod yang diberikan di laman web tersebut.



Langkah ketiga :

Jika anda sudah berjaya scan QR kod, automatik akan dibawa ke laman web. Seperti gambar di bawah. Kini anda boleh buat kerja di komputer sambil whatsapp tanpa mengadap telefon pintar.



Selamat mencuba.

Anda ingin baca yang lain. Klik sahaja link di bawah .


  1. Teknik melajukan komputer anda ( khas pengguna Window Microsoft)
  2. Rahsia menjaga kereta Tanpa pengetahun Pomen
  3. Cara lulus temuduga N17 (pembantu tadbir peekeranian)