Tuesday, November 9, 2021

Ada Tempat Shopping Online Yang Lagi Murah Dari Shopee ke?

 Kalau anda kaki shopping online...

Anda mesti jenis yang sangat pandai bargain hunt, mencari harga termurah. 

Macam mana kalau kami kongsikan tempat special ni, yang harga dia boleh lagi murah dari seller Shopee yang bagi 'Lowest Price Guarantee':





Lubuk ni dekat China, jadi anda akan nampak tulisan Cina lah. 

Tapi boleh je beli dari sana, walaupun kalau tak pandai Bahasa Cina!

klik link di bawah untuk ketahui lebih lanjut ye.

Baca Lebih Lanjut Apps PINDUDUO di sini 

Monday, June 21, 2021

Bisnes Dropship Ke Luar Negara

 KENAPA BISNES DROPSHIP?


Dropship merupakan diantara bentuk bisnes yang paling mudah dan sesuai untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sebabnya:



a. TANPA MODAL


Kebanyakan program dropship adalah percuma. Ada juga yang mengenakan yuran komitmen untuk mengelakkan orang ramai daripada menyertainya sekadar suka-suka. Bayangkan yang anda bersungguh-sungguh menurunkan ilmu dan sebagainya, tapi tiada yang benar-benar serius pun. Sakit hati kan?


Kalau ada yuran komitmen pun biasanya murah je. In shaa Allah berbaloi dengan pulangan yang bakal anda terima. Modal yang dimaksudkan disini adalah modal dari RM.



b. RISIKO RENDAH


Anda boleh mencuba dahulu beberapa produk yang anda rasakan sesuai dengan diri anda. Ada kemungkinan percubaan pertama anda untuk menjual tidak berjaya. Jadi, anda perlu menukar produk.


Bayangkan jika anda terus keluarkan produk anda sendiri. Apa akan jadi jika ia tidak berjaya seperti yang anda harapkan? Anda akan rugi masa, wang dan tenaga. Kemudian, anda akan mula rasa pututs asa.



c. TAK PERLU SIMPAN STOK


Ini juga merupakan diantara perkara yang buatkan ramai orang bermula dengan dropship. Anda tak perlu untuk menanggung risiko menyimpan stok. Anda boleh terus menjual dan pihak HQ yang uruskan segala hal berkaitan penghantaran dan juga stok.


TAPI….KENAPA TAK SEMUA ORANG BERJAYA?


Walaupun banyak kelebihan yang diberikan jika anda bermula sebagai dropship, kenapa masih ramai yang tidak berjaya? Apa punca dan dimana silapnya? 


Silapnya mungkin pada point A yang saya sebutkan diatas. Ramai yang menyangka jika buat bisnes secara dropship, anda tak perlu keluarkan walau sesen sekalipun. Ia bergantung juga sebenarnya pada dua faktor:


  • Produk anda
  • Circle anda

Sebagai contoh, anda merupakan seorang lelaki, anda memilih untuk menjual tudung jenama X sebagai dropship. Tak mustahil untuk anda berjaya kerana ramai je founder bisnes fesyen wanita daripada lelaki.


Tapi, anda perlu lihat pula siapa circle anda iaitu siapa kawan anda. Adakah anda ramai kawan wanita atau kawan lelaki? Jika anda post di sosial media anda, dan kawan anda semuanya lelaki, berapa peratus untuk mereka membeli daripada anda?


Mungkin mereka akan membeli untuk pasangan mereka, ahli keluarga mereka yang memakai tudung atau sesiapa sahaja yang mereka nak beri, tapi berapa peratus untuk benda ini berlaku?


Anda masih tetap dengan mindset yang berbisnes dropship tak perlu keluarkan sebarang modal. So, macam mana anda nak berjaya?



ANDA PERLU BUAT PEMASARAN BERBAYAR!


Tak dinafikan yang pemasaran percuma juga sangat powerful. Tapi ia bergantung kepada produk dan circle anda juga sebenarnya. Cara terbaik untuk anda berjaya adalah dengan melakukan pemasaran berbayar.


Tapi, jangan pula main hentam untuk buat pemasaran berbayar. Habis terbakar dan hangus duit anda. Sebab itulah saya buat sharing kali ini. Saya ada satu panduan berkenaan dropship yang sangat luarbiasa hebatnya dan mudah untuk anda buat.


Lagi best sebab panduan ini ajar anda untuk buat duit dalam USD. Bukan dalam RM. Bayangkan setiap keuntungan yang bakal anda dapat adalah 4 kali ganda daripada biasa.


Anda juga tak perlu penat-penat reply PM, whatsapp dan sebagainya. Pelanggan akan terus buat pembelian secara online je. Barang pula pembekal yang akan hantar kepada pelanggan anda. Best kan bisnes macam ni?


Anda akan diajar caranya daripada A-Z untuk buat dropship dalam USD ini DISINI.


Iklan : Jika berminat untuk mengetahui bagaimana sistem dropship ini berfungsi. Boleh rujuk di link ini 



Tuesday, December 1, 2020

Belajar Berniaga Jual Kek Dan Biskut Sesuai Masa PKP

 



Anda ada kemahiran buat kek, biskut atau roti? Kalau anda tak ada kemahiran tersebut, nak tak belajar kemahiran bakeri ni? 

Nak lagi best tak? Kalau saya ada cara untuk anda ubah kemahiran ini jadi salah satu sumber pendapatan anda, nak tak? 


Kali ni saya nak share dengan anda berkenaan satu kemahiran yang ramai orang boleh kuasai dengan mudah, tapi tak ramai yang tahu macam mana nak jadikan ia sebagai salah satu sumber pendapatan buat anda. Anda pastinya akan ternganga kekaguman selepas anda baca perkongsian kali ini.



KENAPA BISNES BAKERI NI LAKU?


Kalau anda perasan, ramai yang menganggap bakeri seperti roti, kek dan biskut sebagai makanan yang termasuk dalam kategori yang sihat. Okay. Maybe tak semua la. 


Tapi, ramai yang perlukan produk bakeri untuk minum petang, jamuan, bertukar juadah, hadiah, sambutan hari lahir dan sebagainya. Kalau kita ambil satu contoh mudah iaitu hari lahir. Setiap hari pasti ada sahaja yang akan menyambut hari lahir. Biasanya ia akan disambut dengan kek.


Sebab itulah bisnes bakeri sentiasa mempunyai permintaan yang sangat tinggi.



“TAPI KENAPA BANYAK JE BISNES BAKERI YANG TUTUP?”


Kalau anda gagal dalam peperiksaan sebab apa biasanya? Sebab anda tak cukup study. Tak cukup study, tak cukuplah ilmu anda. Begitu jugalah dalam bisnes. Bukannya anda boleh terus berjaya dengan main buat dan main hentam je.


Anda perlukan ilmu untuk berjaya dalam bisnes anda. Ada banyak sangat ruang untuk anda mendapatkan ilmu. Tapi hari ni saya ada satu panduan spesifik berkenaan ilmu bisnes bakeri yang pastinya akan dapat membantu anda membina bisnes bakeri anda sendiri dengan mudah.



KENAPA SAYA CADANGKAN PANDUAN INI?


Bagi saya, perkongsian daripada panduan ini tersangatlah ringkas, mudah difahami, jelas dan menarik. Ia juga sangat mesra newbie dan jika sekalipun anda tidak pernah berbisnes, anda akan terus rasa yakin dan bermotivasi untuk bermula.



APA KELEBIHAN JIKA ANDA MELAKUKAN BISNES BAKERI DARI RUMAH?


Jika anda merupakan isteri atau ibu yang mempunyai anak-anak dirumah, anda masih boleh untuk menyelesaikan segala urusan rumah tangga disamping menambah pendapatan. Suami anda pun pastinya tak akan berasa risau untuk anda berbisnes jika urusan rumahtangga masih lagi terjaga.


Jika anda seorang lelaki, anda boleh bayangkan apa keunikan dan kelainan apabila anda “lelaki” yang menjualnya? Mudah-mudah je anda boleh jadikan ia sebagai satu tarikan.


Banyak lagi sebenarnya kelebihan lain yang anda akan dapat jika anda melakukan bisnes bakeri dari rumah ini. Antaranya ialah:



a. Kos Pemulaan Yang Kecil


Anda tak perlu berkenaan beberapa kos kerana anda memulakan bisnes dari rumah sahaja seperti kos:

  • Sewa kedai
  • Bil utiliti
  • Gaji pekerja
  • Peralatan mahal dan canggih untuk menyimpan kek dan bahan-bahan
  • Rak simpanan kek
  • Mesin juruwang
  • Peti ais besar
  • Macam-macam lagi

Anda boleh terus bermula dengan menggunakan apa sahaja yang ada dirumah terlebih dahulu.



b. Tidak Perlu Terlalu Menjual


Betul. Makanan ni biasanya orang tengok pun orang dah tahu ia adalah makanan. Apa yang anda perlu tekankan adalah dari cara anda mengambil gambar dan presentation makanan anda.


Anda perlu tahu macam mana untuk anda buatkan produk bakeri anda “nampak” sedap dan buatkan mereka yang melihat terus rasa nak order.



c. Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!


Betul. Buat berdasarkan tempahan je untuk permulaan. Tak perlulah anda buat ready stock banyak-banyak. Kalau anda nak buat untuk ambil gambar, anda boleh potong kepada beberapa potongan kecil dan berikan secara percuma kepada rakan-rakan, jiran atau kepada sesiapa sahaja.



Tapi, jangan lupa selitkan kad atau beritahu mereka yang jika mereka ingin menempah kek, boleh tempah dengan anda. 


“SAYA BETUL-BETUL BERMINAT. BOLEH AJAR SAYA?”


Boleh. Macam saya beritahu awal-awal tadi, saya ada satu panduan istimewa yang saya boleh cadangkan untuk anda bermula. Anda boleh baca dengan lebih lanjut lagi DISINI.




Saturday, July 11, 2020

Akhirnya..Berjaya Jana Sale RM2000 Dalam Clickbank

Setelah beberapa tahun mengaplikasikan cara dari Panduan CBmethod.  
Akhirnya aku berjaya menjana komisen jualan sehingga RM2000
Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2020

Kita berhadapan dengan virus Covid 19. Sehingga kini masih lagi belum dapat vaksin yang membantu mengawal virus ini. Jadi kerajaan telah melaksanakan PKP. Dalam kesempatan waktu PKP aku telah fokus 100% dalam clickbank.

Hasilnya, aku telah membuat $200 untuk minggu pertama. Perasaan teruja bertambah - tambah. Belum pernah lagi dalam sejarah mencapai sale $200 untuk satu minggu.


Momentum jualan berterusan sehingga 4 minggu untuk bulan 6.Momentum jualan berterusan hingga bulan Julai. Ada beberapa faktor yang menyebabkan sale meningkat setiap minggu. Faktor PKP yang melibatkan warga Amerika menyebabkan mereka lebih suka berada di rumah. Ini memberi mereka banyak masa untuk membaca lebih banyak dari hari biasa.

Apa yang boleh aku katakan, rasa bersyukur sangat selepas mencapai target untuk RM2000 bulan pertama. Jadi, jika korang rasa nak buat clickbank. Belajar dahulu Panduan clickbank CB Method.
Kerja boleh buat sorang, kenapa nak rekruit ejen..kannn

Sekian.

Post berkaitan :


Thursday, April 2, 2020

3 Idea Bisnes Online Yang Dari Rumah Boleh Anda Cuba





Statistik ekonomi dunia mengatakan bahawa hampir 50% pekerja akan menghadapi risiko pemberhentian kerja. Ini disebabkan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik selepas bencana virus covid 19. Kebanyakan majikan menghadapi kerugian untuk bulan pertama selepasa perintah kawalan dilakukan serta merta. Kita sebagai pekerja perlu bersedia untuk mulakan perniagaan kita sendiri.

Seperti yang kita tahu, perniagaan online secara e-commerce sudah berkembang dengan baik. Banyak sebab kenapa PERNIAGAAN BERBENTUK E-COMMERCE berkembang dengan baik. Antaranya pengguna sudah tahu menggunakan pembayaran barang secara online menggunakan banking online. Sistem talian internet yang bertambah baik dan sistem penghantaran yang semakin cepat dan jimat. Faktor - faktor ini amat membantu dalam perkembangan dunia perniagaan online menggunakan sistem e-commerce.

Ada beberapa model perniagaan yang perlu sediakan modal dan ada juga tidak perlu modal. Ini bergantung kepada komitmen kita untuk mempromosikan produk kita sendiri. Beberapa platform yang boleh anda guna untuk mulakan perniagaan secara online berbentuk sosial platform, facebook dan instagram. Facebook dan Instagram ada kumpulan pengguna itu sendiri. Facebook boleh dikatakan dalan lingkungan umur 30 - 50 tahun ke atas. Manakala instagram pula dalam linkungan umur 12 - 30 tahun. 

Bagi medium e-commerce, anda boleh daftarkan diri sebagai shopee seller. Pendaftaran sebagai shopee seller adalah percuma. Perniagaan ini boleh dijalankan menggunakan handphone anda sendiri. Tidak perlu pc. Modal yang rendah dan produk anda sendiri. Pengguna shopee meningkat setiap hari dan hampir 3 juta pengunjung membuka shopee mall. Hebatkan, tanpa iklan anda kedai anda masih lagi dilawati pengunjung. Untuk cerita lanjut, boleh baca artikel post sebelum ini >> 3 Sebab Perlu Berniaga Di Shopee.



Seterusnya berniaga di eBay. Seperti kita tahu Ebay adalah marketplace perniagaan seluruh dunia. Apa sahaja benda semua boleh kita jual. Paling best, perniagaan ini membolehkan kita memasarkan produk ke luar negara. Kos - kos seperti penghantaran dan caj perkhidmatan akan perlu diambil kira. Dengan pelawat yang hampir 10 juta setiap hari, tidak mustahil produk anda akan ada pembeli yang berminat. Ada yang untung berganda dengan produk tempatan. Bagaimana utuk mulakan perniagaan, dapatkan PANDUAN Export Mudah Ebay. Perlu diingatkan, untuk menggunakan E-Bay perlu ada akaun Paypal untuk urusan pembayaran.



Antara perniagaan yang boleh dilakukan dirumah, adalah sebagai affiliate marketer. Bagaimana affiliate markerting ini menjalankan perniagaan. Perniagaan ini selalunya mempromosikan produk-produk digital seperti ebook, video dan webinar. Komisen juga selalunya 20% - 75% bergantung pada produk. Sekiranya anda berminat untuk memrpomosikan produk digital luar negara, boleh daftarkan diri di Clickbank. Pendaftaran sebagai ahli Clickbank adalah PERCUMA. Bayaran komisen dalam nilai USD. Berbaloi bukan. Saya juga telah menjadi ahli affiliate clickbank hampir 3 tahun, dan berjaya menjana sale sehingga $1000 setahun. Bagaimana saya dapat hasilkan $1000 setahun? Boleh baca post artikel ini.



Jadi apa pilihan yang anda boleh buat ketika ini dan persediaan akan datang?
Masih lagi mencari kerja atau sudah bersedia untuk membuat perniagaan secara online.
Jom kita mula.