Monday, February 27, 2012

Jenamakan Blog kita

Bila cerita pasal jenama, mesti korang ingat produk jer ada jenama atau paling best disebut branding. Tak semestinya produk jer, blog pun boleh.Apa yang kita kaitkan dengan jenama blog???

 - tema blog kita
 - isi kandungan blog
 - arah tuju blog kita.


Saturday, February 18, 2012

Formula nak dapat RM 1 juta dalam masa setahun...



Aku selalu melakukan kira-kira macam mana nak dapatkan RM 1000,000 dalam 12 bulan.Macam mana tu.Selalunya bila kita sebut 1 juta pasti orang kata mengarut. Sebab kita dah belajar matematik dari kecik sampai ke tua ni la, kita gunakan. Selalunya orang yang buat bisnes suka buat kira-kira ni. Orang kata nak cari nombor magik dalam bisnes. Tapi jangan terkejutlah, sebab ni salah satu formula dorang nak menjadikan kerja menjadi mudah dan senang. mereka tidak pandang dengan 1 juta, tapi dengan nilai yang paling kecil. Ok buat masa ni kita buat pengiraan mudah, bagaimana nak dapatkan RM 1000,000 dalam setahun..

Sunday, February 12, 2012

kalau kumpul 20 sen dalam blog

Bila kita sudah mendaftar di blog pengiklanan nuffnang dan churpchurp, semestinya kita terus tengok komisen yang ditawarkan. pasti lemah jer semangat bila tengok 20 sen jer setiap iklan. Takkan dah lemah kot tengok 20 sen jer.. Orang lain dah berjaya kutip hasil lebih dari RM100 setiap bulan. Kita mesti boleh punya. Jika nuffnang jarang bagi iklan kat blog anda, mungkin sebab blog anda masih lagi kurang popular. Buat permulaan update cerita - cerita hot..macam artis nak bercerai ke, masuk mahkamah ke, kes-kes pelik kat Malaysia ke..macam lah boleh buat. Memang tak terlayan nak buat semua tu, jadi yan senang update cerita sensasi setiap 1 hari. Ini lagi mudah dari kita update  5 post setiap hari.

Tumpang blogspot pun tak mengapa



Selalunya apabila kita melihat blog orang-orang yang dah popular, semuanya direct terus menggunakan www.nama.com..Kita pun tertanya - tanya kalau guna blogspot agak-agak ada orang nak datang ke? Kita tak perlu risau jika kita masih hijau dalam dunia berblogging. 
Sebab apa aku kata macam ni...


Friday, February 10, 2012

Macam mana nak popularkan blog kita...

ok..sekarang ni kita membingcangkan macam mana nak popularkan blog kita. Bila blog kita popular, makin senang nak tarik pengunjung tengok apa yang menarik sangat blog kita ni. Salah satu cara yang paling popular adalah blogwalking. Kita melawat blog orang lain dan seterusnya tinggalkan link blog kita, berharap dia akan mengunjung blog kita semula. 

Ada juga kaedah lain  yang boleh mempopularkan blog kita. Manalah tahu, tahun ni tercalon anugerah blog popular oleh Nuffnang. Itu rezeki la kalau dah tercalon. Selain dari blogwalking apa cara yang boleh kita lakukan dengan popularkan blog kita???

Ada 3 cara yang sesuai, mungkin ada lebih. tapi buat masa ni bagu 3 dahulu..

1 - kongsikan tips -tips yang menarik dan sesuai. Sekarang ni semua info di hujung jari. kebanyakkan pengguna internet tidak lagi belek majalah untuk mencari info dan tip-tips. hanya taip petua sahaja pasti banyak yang keluar. Tidak kiralah petua apa yang kita cari. mesti ada punya.

2 - Buat artikel yang menarik di forum-forum internet. pastikan dahulu anda membaca syarat-syarat sebelum membuat artikel. Dengan cara penulisan artikel yang menarik, dapat memujuk pembaca terus mencari blog anda. seterusnya jika dia sudah tertarik, akan menjadi pembaca tetap blog anda.




3 - Cara ni memang best dan menarik. pastikan muka anda cute dan hensem membuat rakaman video. upload video mengenai blog anda. Info-info yang menarik dalam blog anda. Cara ini memang ramai yang lakukan. Memang berhasil. Bila kita sudah upload video di youtube, pastikan link blog kita sertakan sekali.

apabila blog kita sudah terkenal dan dipercayai, kita boleh mulakan aktiviti - aktiviti seperti giveaway ke, kuiz ke atau cari jodoh ke..kan...Baru bersemangat kita nak menulis blog..untuk kali ni sahaja info yang terbaru. selama mencuba...