Monday, September 10, 2012

Minda Kekayaan Robert Kiyosaki dikupas dalam isu berbahasa melayu

masih lagi dalam mood raya, baru balik dari open house runah sebelah. Macam biasa makan mesti kasi gegar punya. Malam ni mula lah termengah-mengah nak nafas. penuh dan sarat dengan segala raya punya makanan. 

Setelah beberapa minggu tak menghasilkan post, maklumlah puasa. Nak mengadap laptop pun boleh terlelap. Normal la tu kan. dah penat. Beberapa hari ni ada baca bebarapa artikel mengenai Robert Kiyosaki. Mentor pengurusan kewangan #1 di dunia. 

Mungkin ramai yang dah dapatkan buku "rich dad poor Dad".Memang top selling satu dunia buku ni selain novel la kan. Ada sesetengah dah baca buku ni, tapi masih belum faham lagi apa yang diceritakan oleh beliau.

Ada alternatif untuk anda, dalam versi bahas melayu tapi bukan 100% dialih bahasakan. Cuma sedikit perbicangan di selitkan dalam Konspirasi Kekayaan: Minda Kekayaan Robert Kiyosaki .
Antara bab-bab atau isi penting yang dikupa di sini adalah berkaitan ; 


Dalam bab 1, anda akan mengetahui mengenai hidup jurulatih kewangan no. 1 di dunia. Anda akan mengetahui apa yang pernah Robert buat di dalam hidupnya. Dan kegagalannya. Semua perkara penting yang anda perlu tahu mengenai Robert.

Dalam bab 2, anda akan dibawa kepada zaman Rich Dad, Poor Dad. Itulah permulaan Robert Kiyosaki di mata umum. Anda akan melihat apa Robert buat pada waktu itu dan teras utama buku tersebut.

Bab 3
merupakan bab terpenting dalam e-book ini. Anda akan melihat apa penulis fikirkan mengenai Minda Robert Kiyosaki. Ini penting. Walaupun di dalam bab-bab sebelumnya anda sudah didedahkan dengan serba sedikit mengenai Robert Kiyosaki dan mindanya, di dalam bab ini segalanya akan menjadi semakin jelas.

Alasan mengapa saya ingin tahu tentang otak dan bagaimana ia bekerja kerana saya terkejut ramai yang bercakap mengenai sesuatu perkara tetapi mereka melakukan perkara yang lain.” - Robert T Kiyosaki, Rich Dad Increase Your Financial IQ.

Jadi jika anda masih lagi kurang faham maksud tersirat yang dibincangkan di buku Rich dad poor Dad.Aku syorkan untuk membaca Konspirasi Kekayaan: Minda Kekayaan Robert Kiyosaki .


Tuesday, August 14, 2012

Selamat Hari Raya



berkesempatan untuk menulis blog sebelum raya.maklumlah sibuk dengan berpuasa. Tak sempat nak update blog sendiri. Apa-apa pun nak mengucapkan selamat hari raya puasa maaf zahir batin..

Tuesday, June 26, 2012

Formula Kurus dengan Asam Gelugor/ Asam keping



Amalkan minum air asam keping/gelugor....

Caranya:

Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih, kemudiannya masukkan dalam bekas minuman (botol air/ tupperware - 500ml-1liter) rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA.

Setelah suam , buat seperti minuman biasa...diminum sentiasa..air habis ..tambah lagi...sehingga hilang rasa...tukar asam keping lain...

Cubalah..anda pasti terkejut dengan hasilnya..


 KHASIAT ASAM GELUGOR


Asam gelugur atau nama botaninya Garcinia cambogia merupakan buah eksotik berwarna kuning dan berbentuk seakan buah labu. Buah yang dikatakan berasal dari India dan Asia Tenggara ini juga dikenali dengan nama Malabar tamarind, brindle berry dan juga asam keping terutamanya setelah buahnya dikeringkan.

Pokok asam gelugur boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Batang pokok mempuyai kulit berwarna kelabu yang licin dan dahannya mencecah sehingga ke tanah. Daun pokok asam gelugur berwarna hijau gelap, berkilat, panjang sehingga ke penghujung daun. Bunganya berwarna merah. Buah yang sudah masak berwarna kuning dan selalunya akan dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan atau direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Pokok yang tergolong dalam keluarga Guttiferea ini telah mendapat perhatian luas semenjak kebelakangan ini kerana dikatakan isi buahnya yang telah direbus dan kemudian diminum airnya, dikatakan mampu dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan berat badan. Alasan yang diberikan adalah, buah asam gelugur kaya bahan yang dipanggil asid hydroxycitric atau HCA.

Iklan : Bagaimana teknik kurus ini membantu budak gemuk hilang 20kg dalam 5 hari



Saturday, June 23, 2012

Sebab seks suami isteri sanggup bercerai


Kisah disebalik penceraian pasangan suami isteri zaman moden bukan lagi pengaruh mentua. tapi disebabkan masalah seks yang semakin menjadi-jadi dengan orang Malaysia ni. Jom kita tengok di sebalik kisah bilik tidor pasangan yang bercerai

 
Belum terlambat lagi untuk anda menyelamatkan rumah tangga anda. Rugi buat kenduri kahwin beribu - ribu ringggit tapi perkahwinan hanya mampu bertahan setahun sahaja. Tak dapat tengok cucu kita nanti.

Saturday, May 19, 2012

10 Tanda Pasangan Kita Curang

Pasangan curang bukan isu baru. Cerita curang ni dari zaman dulu lagi. Jika anda tersedar pasangan anda ada tanda-tanda di bawah. Bersiap sedia untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. Pasrah dan redha je la.






Resah melihat jam tangan
Dia sering mengejar masa sehingga sanggup meninggalkan anda keseorangan kerana kononnya ada masalah sikit . Padahal masalah dia ? Dah janji dengan perempuan/lelaki lain . Tu yang angkat kaki tu.

Kerap menolak pelawaan
Kalau dulu , beria ajak pergi tengok wayang , karok pe sume , kalau boleh hari hari nak jumpa Seminit tak jumpa , rasa macam 100 tahun . Hiperbola kau . Tapi sekarang , bila kau ajak keluar , dia asyik tolak dengan alasan sejuta . Mungkin sebab dia dah bosan . Jaga jaga cik kiah oi .

Panas baran dan mencari kesilapan
Sikap dia berubah 180 darjah . Dari penyayang , manja , baik hati , romantik bagai , terus jadi panas baran , pemarah , selalu je cari kesalahan kau .Lagi tragis bila dia tak segan silu nak marah kau depan public . Adoii ~ malu noks .

Tidak membenarkan anda memegang / membelek handphone
Ouh , ini biasa . HAHA ! eh kenapa aku gelak ? =.=' Kalau jadi ceni , WAJIB untuk kau curiga ! Mana tahu dalam diam , dia love texting dengan orang lain . Ohmaiii ~

Jarang menelefon anda 
Masa awal bercinta , beria telefon . Asyik berbunyi je handphone tu . Sampaikan housemate / roomate naik marah pulak handphone asyik memekak 24 jam . HAHA ! Tapi sekarang , jangan kata call , mesej pun bila perlu je . "U, nak pinjam RM100" . Okay , FINE !

Perubahan sikap yang ketara
Sama lahh dengan yang panas baran tadi tu.

Asyik lewat ketika temu janji
Sejuta alasan klise dihamparkan bila lambat sampai , jalan jammed , kelas lambat habis , kerja banyak sangat , kene back up kerja orang , bla bla bla . Dulu , boleh je on time . Siap awal lagi . "Takpe baby , I tunggu u sampai u datang okay , lambat sikit pun tak pe." Heh .

Terima call secara rahsia
Time dengan korang , dia terima call , tapi dia lari tempat lain . Dulu , relax je jawab call depan korang . Itu baru call , time dapat mesej pulak lagi lahh . Lepas baca , terus delete . Common war (hambik kau , war terus aku pakai) among couples berpunca dari TELEFON . pehh ~

Sepi tanpa berita
Okayyyy , yang ni dah selalu sangat kena dekat batang hidung sendiri . HAHA ! Dah lali weyhh . Until now , aku sebenarnya FOBIA . HAHA ! lagi =.=' 2 3 bulan lepas tu , dia diam je kann . Apahal ? Kau dah resah gelisah dahh . Padahal dia ? Relax dengan orang lain . Tapi tapi tapi tapi kannn .... aku selalu gak lah buat dekat lelaki cenggini . HAHA ! Sebab aku bosan ! Haa , bosan antara faktor yang membawa kepada sepi tanpa berita . Karma uolz . hehe ;D

Marah apabila anda bertanya aktivitinya
Dah tak boleh nak tanya apa dia buat , makan ape , tido kat mana , dengan siapa , dan lain lain . Kalau dulu , tak yah tanya , dia yang list out semua aktiviti dia sepanjang hari . Detail ! Takde yang tertinggal langsung . Even berapa kali dia kentut pun dia bagi tahu . *pitam*


Tips untuk anda : Bagaimana Nak Pikat Lelaki Idaman Secara Halus.